fbpx
Rencah Hidup

[GAMBAR] Perang mesej kotak #kotakchallenge

GELI hati juga melihat mesej-mesej yang disampaikan melalui tulisan pada potongan kotak dan dimuat naik dalam Facebook.

Macam-macam isu dibangkitkan, namun yang lebih menarik perhatian netizen adalah soal jodoh dan perkahwinan.

Berbalas-balas mesej antara kaum hawa dan adam semuanya bermula dari mesej mengenai hantaran perkahwinan.

“Letak wang hantaran puluh ribu, bila suruh masak tak tahu #melengkapi.”

Begitu mesej sekumpulan lelaki yang memegang potongan kotak tersebut. Bagaimanapun ia lantas dibalas.


[BACA ARTIKEL] [VIDEO] Pelajar nyanyi lagu Negaraku dalam Mandarin tular – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Pengemis cantik tanpa perawatan wajah tular – Suara Merdeka

“Minta hantaran murah-murah, bila suruh jadi imam solat, tidur..zzz… #lupikirlasendiri #melengkapi.”

Terdapat pelbagai lagi mesej-mesej kotak disampaikan netizen yang mencuit hati.

“Aurat awak dah macam 7E, bila entah nak tutup.”

“Kerana yang haram, yang halal ditinggalkan.”

“Kerana janda aku dijadikan janda.”

“Sibuk tanya aku bila nak kahwin, kau tu pulak bila nak mati #teammasihberusaha.”

Paling mencuri perhatian adalah mesej kotak berkaitan kecantikan, habis berudu pula jadi perumpamaan.

“Pakai makeup sahaja cantik, sekali cuci muka berudu.”

MENCUIT hati, berudu turut jadi perbandingan dalam mesej kotak yang kini menjadi trend dalam media sosial.

“Biar muka kami macam berudu, asalkan tidak pakai duit kau #dasartoliberudu.”

Kreatif, #kotakchallenge menjadi salah satu bagi pengguna media sosial menyampai atau meluahkan mesej mereka kepada masyarakat. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button