Berita

Lembaga Jurukur Tanah Malaysia sumbang zakat kepada MAIPs

Lembaga Jurukur Tanah Malaysia menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Penyerahan tersebut dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Sr Sohaime Haji Rasidi dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Ibnu Tamiyah, Tambun Tulang baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri, Sr Muhammad Husaini Ya’acob.

Lembaga tersebut turut menyerahkan wang tunai RM500 serta hamper berisi makanan mentah bernilai RM150 setiap seorang untuk lima buah keluarga asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid itu.

Sempena majlis berkenaan Sr Sohaime memaklumkan mengenai penerbitan Atlas Kebangsaan Malaysia yang merupakan suatu kompilasi peta yang menunjukkan data spatial sesebuah negara yang komprehensif dan sesuai untuk menjadi rujukan dalam bidang pendidikan, perancangan, kajian saintifik dan pelancongan.

Sementara itu Mohd Nazim, melahirkan penghargaan kepada pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia atas sumbangan zakat yang telah disalurkan dan menyeru agar semua pihak sama ada korporat atau individu dapat menggunakan kesempatan di penghujung tahun ini bagi menunaikan kewajipan berzakat masing-masing.

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button