Kemalangan

Lelaki terjatuh di pangsapuri

SEMALAM seorang lelaki warga tempatan ditemukan selepas jatuh di sebuah pangsapuri di Jalan Genting Kelang Setapak.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, mangsa yang dalam keadaan tertiarap di bawah bangunan itu dijumpai oleh pihak keselamatan pangsapuri berkenaan sekitar jam 8:35 malam.

Laporan itu mengenai seorang individu dijumpai dalam keadaan tertiarap di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh dari pangsapuri itu.

Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun dan setakat ini, kes tersebut tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai Kes Kematian Mengejut (SDR).

Kreadit : Sinar Harian

Satu kes kematian akibat strok haba

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button