Ekonomi

Amir Hamzah akan umumkan harga diesel -PM Anwar

Berkenaan harga diesel akan diapungkan perlu menunggu Menteri kewangan ke 2, Datuk Seri Amir Hamzah kata dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tunggu pengumuman MKII (Menteri Kewangan Il),” katanya ringkas kepada pemberita pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan mengapungkan harga diesel susulan keputusan melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api itu.

Menurut laporan berita Bernama, mengenai permintaan penggiat industri supaya kerajaan memperluaskan senarai penerima subsidi diesel, Anwar meminta perkara itu dirujuk kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengulas kebimbangan pengusaha restoran bahawa kenaikan kos pengangkutan akan ditanggung pengguna, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah mengambil langkah yang secukupnya bagi menangani perkara itu.

Dalam Perutusan Negara yang disampaikan pada 21 Mei lepas, Anwar berkata Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi diesel kepada perniagaan tertentu yang menggunakan kenderaan komersial diesel untuk mengurangkan potensi kesan kenaikan harga secara mendadak terhadap barangan dan perkhidmatan.

Artikle Berkaitan :>

Subsidi diesel di Semenanjung yang pertama akan diselaraskan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button