Nasional

Satu kes kematian akibat strok haba

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada status cuaca panas yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 25 Mac 2024, negeri Perlis telah mengalami Gelombang Haba (iaitu suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C) sejak 19 Mac 2024.

Manakala sebahagian besar negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar,
Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling, Kulim), sebahagian negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar), Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Pahang (Jerantut, Bentong, Raub, Maran, Bera, Temerloh), Melaka (Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Tampin, Jelebu, Seremban, Jempol), Johor (Tangkak, Muar, Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat)  Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sepang mengalami cuaca panas Tahap 1 (iaitu suhu maksimum harian melebihi 35°C hingga 37°C).

Pada masa yang sama, METMalaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April 2024.

Pendedahan kepada cuaca panas yang berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kejang haba, kelesuan haba dan strok haba. Pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 25 Mac 2024 mendapati terdapat 28 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di mana ianya melibatkan 19 kes kelesuan habadan sembilan (9) kes strok haba. Tiada kes kejang haba dilaporkan.

Kes-kes ini dilaporkan dari negeri Kedah (8), Perak (7), Selangor (3), Negeri Sembilan(3), Sabah (3), Perlis(2), Johor (1) dan Pahang (1). Seramai 23 orang pesakit berumur di antara 20 hingga 59 tahun, manakala selebihnya (5 orang) adalah remaja berumur di antara 13 hingga 19 tahun.

Terdapat satu (1) kes kematian akibat strok haba dilaporkan di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, Pahang  melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun. Beliau dimasukkan ke hospital pada 31 Januari 2024 dan meninggal dunia pada 2 Februari 2024.

Di samping itu, sehingga kini terdapat satu (1) kes strok haba , seorang lelaki berumur 24 tahun yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson. Keadaan beliau dilapor masih tidak stabil. Manakala, satu (1) lagi kes strok haba melibatkan seorang lelaki berumur 22 tahun yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dipindahkan ke wad biasa dan dilaporkan stabil. 25 kes lain telah mendapatkan rawatan dan sembuh.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah
pada musim cuaca panas sekarang.

3

Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca- panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan). – SM

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button