Lelaki mati dibunuh muncul kembali selepas 5 tahun
SEORANG pekerja ladang yang dipercayai telah mati dibunuh kira-kira lima tahun lalu telah muncul semula sekaligus merungkai misteri kehilangannya selama ini.
Ricardas Puisys ditemukan tinggal di kawasan hutan di Cambridgeshire, England secara berseorangan dan tidak tidak berkomunikasi dengan sesiapa selama tempoh kehilangannya.
Dia berusia 35 tahun ketika dilaporkan hilang pada September 2015.
Operasi mencarinya telah dilakukan secara hebahan dan namun gagal mengesannya sebelum pihak berkuasa membuat kesimpulan awal bahawa dia berkemungkinan telah dibunuh.
Jurucakap polis berkata, Puisys kali terakhir dilihat sedang bekerja di sebuah kilang bawang di Dean Drove, Chatteris pada 26 September 2015.
BACA> Vaksin Covid-19 mungkin tidak ada langsung -KP WHO
Dia dipercayai bersama beberapa lelaki pada petang dia dilaporkan hilang dan tidak hadir bekerja pada dua hari selepas itu.
“Kita percaya dia telah terlibat dengan pergaduhan atau sebagainya yang menyebabkan dia hilang kerana dibunuh.
“Pasukan penyiasat telah memanggil semua saksi dan rakan-rakannya namun menemukan sebarang maklumat berkaitan kehilangannya,” katanya seperti dilaporkan portal Metro.
Ketua Detektif, Rob Hall berkata, polis mula sedar yang dia masih hidup selepas menemukan gambar swafoto Puisys yang dimuatnaik di Facebooknya pada November tahun lalu.
Usaha untuk mengesannya menurut Hall telah dilakukan sejak berbulan lalu sebelum dia ditemukan pada 1 Julai lalu.
BACA> Video tidak sopan, wanita Mesir ini dihukum penjara 3 tahun
“Ketika ditemukan, Puisys berada dalam keadaan yang bai namun enggan bercakap dengan sesiapa pun.
“Kita percaya, masalah di tempat kerjanya yang membuatkan dia lari bersembunyi di kawasan hutan itu,” jelasnya.
Tambah Hall, buat masa ini pihaknya sedang memberi perlindungan kepada Puisys dan akan memastikan dia mendapat sokongan yang diperlukan selepas lebih lima tahun bersembunyi. -SM