Rencah Hidup

Lelaki ini terkejut terima not RM10 sebanyak 1,900 keping

Bayangkan pada satu malam kita menerima wang not RM10 tetapi sebanyak 1,900 keping.

Itulah yang dialami oleh Imanudden Suardi yang berjaya menjadi Raja MNP bagi suku ke dua tahun ini.

Bagi yang tidak tahu, sesiapa sahaja yang menjadi rakan niaga Halo Telco dan menjadi individu paling banyak mendaftarkan Port-in MNP (mereka yang ingin mengekalkan nombor lama) ke Halo Telco akan mendapat ganjaran yang cukup lumayan.

Menurut Imanudden, dia memang tidak menjangka akan berjaya mendapat ganjaran wang tunai sebanyak RM19,000 dengan hanya menjadi rakan niaga Halo Telco.

“Saya pada mulanya tidaklah begitu beria-ia menjadi rakan naiga Halo Telco. Sebab saya fikir, sekiranya berlaku apa-apa pada saya, sekurangnya ada duit bulan-bulan yang akan masuk ke akaun isteri, Ainur Rusuhada.

“Lagipun menjadi rakan niaga Halo Telco ini mendapatkan pendapatan pasif dan kita tidak akan rugi kalau buat benda ini,” katanya kepada Suara Merdeka.

Berkongsi tip kemenangan, Imanudden berkata dia hanya berusaha dan tidak sesekali berputus asa dalam apa juga tindakannya.

Jelasnya, promosi yang kerap sama ada atas talian atau secara konvensional dan meletakkan sasaran khusus promosi juga antara yang membantunya meraih pendapatan tinggi sebagai rakan niaga Halo Telco.

Sementara itu, pemilik Halo Telco yang dikenali sebagai Bos Shukex berkata, peraduan tersebut diberikan khusus kepada rakan niaga Halo Telco.

“Menjadi rakan niaga Halo Telco bukan sekadar mendapat pendapatan sahaja, sebaliknya ada pelbagai ganjaran diberikan mengikut kategori masing-masing.

“Kita ada pelbagai kategori antaranya bagi peringkat nasional, wilayah, untuk pelajar dan golongan orang kelainan upaya (OKU) pun ada kategori khusus.

Imanudden (tiga dari kiri) dan Bos Shukex (dua dari kanan) bersama wang RM19,000 yang disampaikan dalam not RM10.

“Setiap rakan niaga Halo Telco juga berpeluang untuk menerima barangan kerana kita ada hadiah khas satu hari satu telefon dan cabutan bulanan berupa pakej ibadah umrah percuma kepada mereka yang bertuah,” katanya.

Menerusi keuntungan yang diberikan secara tetap oleh Halo Telco serta ganjaran bonus yang diberikan setiap hari dan bulanan, sudah pasti rakan niaga Halo Telco tidak akan rugi satu sen pun.

Dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia dan Malaysia khususnya, mencari pendapatan sampingan dengan menjadi rakan niaga Halo Telco sudah pasti menjadi satu daripada cara yang boleh dicuba. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button