JenayahNasional

Lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

SEORANG lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang manakala mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 7 petang oleh pekerja hotel berkenaan.

“Pemeriksaan dijalankan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian dahi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Siasatan awal mendapati mangsa berumur 49 tahun datang dari Johor dan mendaftar masuk ke hotel itu pada petang Selasa.

“Mangsa dipercayai datang bersama seorang rakannya dan motif serta punca kejadian masih dalam siasatan. Polis telah memberkas rakan mangsa untuk siasatan lanjut,” kata Habibi lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori. – SM

Pasukan Polis sedang melakukan pemeriksaan di hotel berkenaan
(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button