Berita

Lelaki dipercayai menghidap sawan, dikhuatiri lemas

Kota Tinggi : Seorang lelaki dipercayai menghidap sawan, dikhuatiri lemas di Pantai Punggai, dekat Pengerang, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada jam 3.04 petang semalam, yang menyatakan anaknya, Abu Basir Tajul, 29, dilihat berlari ke arah Pantai Punggai, lebih kurang 50 meter, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, pihak JBPM diketuai Pegawai Bomba Saiful Rashid bersama  polis dan orang kampung berkumpul serta membuat pencarian di sepanjang persisiran pantai berkenaan.

JBPM berkata gerakan pencarian peringkat awal tertumpu pada bahagian pinggir pantai dalam jarak 600 meter persegi dari pos kawalan polis di pantai itu tetapi tiada sebarang kesan ditemui.

Pencarian mangsa turut dilakukan di kawasan perairan pantai itu oleh JBPM dan bot nelayan.

Operasi mencari pagi ini diteruskan di perairan Punggai hingga ke kawasan Pengerang.

Sumber : Bernama

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button