Jenayah

Lelaki cabul anak tiri 6 tahun baru pulang dari taska

SEORANG lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan oleh pihak polis selepas beliau didakwa mencabul anak tiri perempuan berusia enam tahun.

Kejadian itu terbongkar selepas kanak-kanak terbabit mengadu kepada bapa kandungnya mengenai perbuatan bapa tirinya.

Suspek ditahan di rumahnya di Taman Sri Andalas kira-kira pukul 8 malam tadi sejurus selepas bapa kandung kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati, kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari  Isnin lalu di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Katanya, mangsa didakwa dicabul selepas pulang dari taska dan semasa kejadian hanya kanak-kanak itu dan suspek berada di rumah tersebut.

“Suspek dikatakan menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut sebelum mangsa bertindak memaklumkan kejadian itu kepada bapa kandungnya.

“Polis yang menerima laporan polis  menahan suspek di rumahnya pukul 8 malam tadi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, suspek baharu sahaja berkahwin dengan ibu mangsa awal Januari lalu. Kanak-kanak terbabit dijaga secara bergilir antara ibu dan bapa kandungnya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, bagaimanapun kami mendapati ini adalah kali pertama suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa.

“Susulan tangkapan, polis mendapat perintah reman selama enam hari terhadap suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya. -SM

(Visited 506 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button