JenayahNasionalNegeri

Lelaki berputih mata wang RM246,000 lesap dalam sebulan

SEORANG lelaki berusia 33 tahun terpaksa berputih mata apabila wangnya berjumlah RM246,000.00 lesap dalam tempoh sebulan.

Kejadian itu berlaku ekoran dia terpedaya dengan tawaran skim pelaburan dalam aplikasi “wechat” yang disertainya itu adalah palsu.

Inilah pengalaman pahit yang terpaksa diharunginya selama tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Kangar, Assiten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mendedahkan perkara ini setelah lelaki berkenaan muncul membuat laporan polis, semalam.

Katanya, mangsa telah ditawarkan  oleh kenalannya mengenai pelan pelaburan “Saham KBTE” dalam aplikasi Wechat.

“Setelah mendapat penerangan mengenai pelaburan itu, mangsa mula membuat pemindahan wang pendahuluan sebanyak RM13,000,” katanya.

Beliau berkata, wang pendahuluan itu telah dimasukkan ke nombor akaun yang diberikan suspek pada 9 Disember 2019.

Yusharifuddin berkata, suspek memaklumkan lagi kepada mangsa akan mendapat keuntungan lebih besar jika menambah wang pelaburan.

“Mangsa yang mempercayai kata-kata suspek itu kemudiannya memindahkan lagi wang pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan wang yang telah dipindahkan oleh mangsa berjumlah RM246,000 menerusi transaksi yang dilakukan dalam tempoh sebulan iaitu dari 9 sehingga 30 Disember 2019.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang mahu menuntut semula modal serta pulangan pelaburan miliknya telah diberikan pelbagai alasan oleh suspek.

“Mangsa akhirnya membuat laporan polis dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu,” katanya. – SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button