HiburanPendidikan

Iman Troye nak bagi RM300 kepada pelajar catat keputusan cemerlang SPM

PENYANYI yang juga duta pusat ilmiah, PTTI, turut berbesar hati menawarkan RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan dari G ke A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini.

Menurut pemilik nama penuh Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin itu, mana-mana ibu bapa atau pelajar berkenaan sendiri boleh menuntut ganjaran itu dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram (IG) rasmi @pttionline beserta bukti slip keputusan SPM.

Kata penyanyi lagu Nang itu lagi, konsepnya siapa cepat, dia layak menerima imbuhan terbabit.

“Saya tahu nilai RM300 itu tidak besar mana, tapi saya yakin setiap usaha itu pasti beroleh kebaikan dan ganjaran.

“Bukan mudah belajar dan menempuhi peperiksaan di era pandemik COVID-19 dulu. Tapi yang berjaya dapat keputusan cemerlang ini, mereka membuktikan kesungguhan itu tanpa prejudis.

“Jadi, lekas ke IG @pttionline dan DM pihak mereka untuk menuntut ganjaran itu. Ingat, hanya 10 terawal yang saya dan PTTI cari,” katanya.

Dalam pada itu, Iman mengucapkan syabas kepada pelajar SPM 2021 yang berjaya membanggakan diri anda dan keluarga.

Katanya lagi, yang tidak berjaya pula jangan cepat putus asa kerana ia bukan penamat segala-galanya.

“Seperti yang kita baca dan maklum, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 memperoleh keputusan semua A.

“Seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Yang mendapat keputusan lulus, seramai 129,796 atau 33.96 peratus.

“Manakala 125,454 calon pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. Seramai 43,703 calon bersamaan 11.44 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 0.43 peratus atau 1,655 calon memperoleh keputusan semua gagal,” katanya.

Untuk rekod, seramai lebih 5,247 pelajar PTTI mendapat keputusan SPM 2021 hari ini. Rata-ratanya mendapat peningkatan keputusan mendadak.

Untuk rekod juga, Iman pernah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2019 serta mendapat sijil dekan di universiti. – SM

Artikel berkaitan;

SPM 2021: 9,696 calon peroleh semua A

PTTI tawar hadiah rangsang pelajar muat naik aplikasi ‘online’

 

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button