Ekonomi

Lebih 9,000 Rakyat Malaysia Menderma demi Kelestarian Alam Sekitar dengan #ShopeeGivesBack

#ShopeeGivesBack, inisiatif komuniti jangka panjang Shopee, telah mengumpul RM48,000 dari 1 Mei 2020  hingga 31 Julai 2022 untuk dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan usaha memelihara alam sekitar di Malaysia.

Dalam tempoh dua tahun, WWF-Malaysia dan Zero Waste Malaysia menerima sumbangan daripada lebih 9,000 penderma, termasuk lebih 5,500 penderma kali pertama.

Sebanyak 85% daripada sumbangan tersebut telah disalurkan kepada WWF-Malaysia, sebuah organisasi pemuliharaan yang sedang menjalankan lebih daripada 90 projek di seluruh negara.

Dana yang dikumpul digunakan untuk melindungi beberapa hidupan liar paling ikonik di Malaysia –
termasuk harimau Malaya, gajah Borneo, orang utan Borneo dan penyu laut – daripada ancaman
seperti pemburuan haram dan kehilangan habitat.

WWF-Malaysia juga menangani isu alam sekitar demi menyebarkan kesedaran, menyokong pendidikan dan penyelidikan, serta memulihara landskap flora dan fauna tempatan, air, tanah dan sumber semula jadi lain.


Sepanjang dua tahun tersebut, Zero Waste Malaysia menerima 15% daripada jumlah sumbangan mereka melalui #ShopeeGivesBack, menyokong mereka dalam usaha bagi melangkah lebih jauh dalam mencapai misi mereka untuk membina masa depan yang bebas sisa dan mampan untuk negara.

Zero Waste Malaysia menyokong pembangunan mampan dan berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat tempatan tentang kehidupan mampan melalui pendidikan, sumber, penglibatan awam dan inisiatif-inisiatif on-ground.

Pada tahun 2021 sahaja, Zero Waste Malaysia menerima 13% daripada jumlah sumbangan mereka melalui #ShopeeGivesBack.

Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia berkata, “Shopee berasa amat terharu dengan penglibatan masyarakat dalam menyokong usaha rakan-rakan NGO kami dalam menyumbang untuk perubahan alam sekitar. Kami percaya bahawa dengan kesedaran dan sokongan padu daripada pembeli-pembeli di platform kami, kami dapat mencapai keseimbangan ke arah membina masa depan jangka panjang yang mampan untuk alam sekitar dan ekonomi.”

“Shopee berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam usaha pemuliharaan WWF-Malaysia dan kami teruja mendengar tentang usaha-usaha yang telah mengurangkan pertemuan jerat sebanyak 90% untuk harimau Malaya. Dalam tahun 2020 dan 2021, lebih banyak penampakan harimau, termasuk ibu dan tiga ekor anak harimau, ditemui di Kompleks Hutan Belum-Temengor,” tambah Pan. –SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button