Nasionalpilihan

Lebih 32,000 hadir ke BN Youth Job Fair

SERAMAI lebih 32,000 calon yang hadir untuk mendapatkan peluang pekerjaan menerusi lebih 300 buah syarikat dan majikan dari pelbagai industri di Malaysia temasuklah sektor awam serta swasta.

Dari jumlah kehadiran tersebut seramai 6,276 calon berjaya ditawarkan pekerjaan sempena Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Jun bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sepanjang tiga hari karival kerjaya diadakan, sebanyak 18,425 permohonan telah dihantar bagi tujuan pencarian kerja.

“Karnival kerjaya ini telah menjadi satu inisiatif yang terbaik untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.

“Statistik daripada karnival kerjaya kali ini menunjukkan bahawa antara ke semua calon yang menghadiri sesi temu duga ‘on-the-spot’ semasa karnival berlangsung, satu pertiga daripada mereka berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa ramai anak muda yang terdiri daripada golongan graduan masih tidak dapat mencari pekerjaan sesuai dengan kebolehan mereka mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Selain itu, katanya semasa pasca pandemik lalu, ramai golongan belia telah hilang kerja serta punca pendapatan dan sehingga kini masih mencar peluang pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka.

“Mudah-mudahan karnival kerjaya seperti ini dapat membuka ruang dan peluang kepada anak muda dalam mendapat pekerjaan terutama yang terkesan teruk dengan pandemik Covid-19,” ujarnya. 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button