Ekonomi

Hektar REIT terima penarafan 4 bintang untuk ESG

HEKTAR Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) telah menerima penarafan 4-bintang bagi Alam Sekitar, Sosial dan Urus Tadbir (ESG) yang ditambah baik di Indeks FTSEGood Bursa Malaysia (F4GBMI) dalam penilaian Jun 2022 yang terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (Hektar Asset Management), Johari Shukri Jamil berkata, pihaknya berbangga kerana inisitiatif ESG diperakui dan dianugerahkan dengan penarafan yang tinggi dan ini merupakan pengiktirafan kepada komitmen kami dalam memastikan aktiviti perniagaan kami dilakukan mengikut tatacara alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang berstandard tinggi.

“Kami percaya penyepaduan kelestarian yang berterusan dalam strategi kami akan menyokong kejayaan pada masa ini dan masa hadapan Hektar REIT, bagi kepentingan semua pemegang taruh kami.” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Hektar Asset Management, Pengurus Hektar REIT, kekal komited untuk terus mengenal pasti dan melaksanakan inisiatif berkaitan kelestarian sebagai sebahagian daripada strategi teras dan proses membuat keputusan.

Baru-baru ini, Hektar REIT turut menyertai Program Transformasi Syarikat Senaraian Awam (PLC) yang dilancarkan oleh Bursa Malaysia untuk terus meningkatkan asas syarikat, daripada dipacu prestasi kepada membantu membangunkan dan menyumbang kepada negara.

“Kami telah memulakan inisiatif ESG ini pada 2017 apabila kami mewujudkan pelbagai inisiatif bagi mengoptimumkan tenaga di semua pusat beli-belah kami yang telah mengurangkan jejak karbon dengan banyak sejak beberapa tahun lepas. Kami akan terus meningkatkan usaha dalam menguruskan perkara berkaitan kelestarian material, termasuklah adaptasi perubahan iklim, pencegahan pencemaran, pengurusan air dan sisa, dan menguruskan penggunaan tenaga, termasuklah memasukkan tenaga diperbaharui dan campuran tenaga kami di masa hadapan.”

“Saya juga ingin menekankan di sini bahawa kami akan terus menambah baik kelayakan ESG kami, bukan hanya kerana peraturan yang semakin ketat dalam perkara ini tetapi kerana ia akan memberi makna kepada nilai perniagaan jangka panjang, dan yang lebih penting, ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan.” kata Jamil Shukri.

Berdasarkan kepada keputusan terbaru F4GBMI dalam penilaian Jun 2022 mereka, Hektar REIT mencapai skor tinggi dalam Urus Tadbir, yang menunjukkan pelaksanaan amalan terbaik bagi Urus Tadbir Korporat & Anti Rasuah.

Bagi mengukuhkan lagi dan menambahbaik keseluruhan Urus Tadbir, Pengurusan kini mewujudkan Polisi Sewajarnya untuk Pengarah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia. Polisi ini boleh didapati di laman web REIT mulai 1 Julai 2022 ini.

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button