Nasional

Laungan ‘luruskan, rapatkan saf’ berkumandang semula di Mekah, Madinah

UNTUK pertama kali selepas hampir dua tahun dunia di serang virus maut Covid-19 imam di Mekah melaungkan kepada jemaah supaya meluruskan dan merapakan saf untuk melaksanakan solat.

Perintah untuk meluruskan saf itu berkumandang ketika jemaah ingin menunaikan solat subuh pagi tadi.

Laungan yang meminta jemaah supaya meluruskan barisan untuk bersolat terhenti  sekian lama apabila prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan bagi menghalang penularan wabak Covid-19 di kota suci umat Islam itu.

“Untuk pertama kalinya dalam lebih dari satu tahun, Imam di Masjid Al Haram mengarahkan jemaah untuk “meluruskan barisan dan menutup jurang” semasa solat Fajr.

“Larangan dan tindakan pencegahan telah dihapuskan dan jemaah dibenarkan memenuhi Masjidil Haram sepenuhnya,” kata pentabir laman Facebook Haramin.

Langkah yang sama turut berkuatkuasa di Majlis Nabawi yang terletak di Madinah.

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial turut menunjukkan petugas di kedua-dua masjid tersuci umat Islam itu telahpun menanggalkan pelekat penanda jarak fizikal antara jemaah pada lantai masjid. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button