Nasional

Latheefa Koya enggan lepas jawatan Ketua SPRM

MESKIPUN diasak pelbagai kritikan, Latheefa Koya enggan berganjak daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Asakan diterima termasuklah kritikan daripada beberapa peguam terkenal serta petisyen yang mendesak beliau supaya meletakkan jawatan.

Walau bagaimanapun, Latheefa memberi alasan bahawa masyarakat meletakkan harapan dan kepercayaan kepada badan anti-rasuah itu.

“Masyarakat umum telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap SPRM untuk membersihkan negara ini dari gejala rasuah.

“Saya bercadang untuk meneruskan tugas ini, walau apapun serangan peribadi atau ugutan dibuat ke atas saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[BACA ARTIKEL] Lebih 95 peratus undi Latheefa letak jawatan dalam SPRM — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Latheefa disiasat Seksyen 203A dedah siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya – Suara Merdeka

Malah, beliau turut mendakwa tindakan seperti asakan daripada peguam dan gerakan tandatangan petisyen itu didalangi oleh peguam tertentu.

“Kini saya dapat tahu bahawa sebagai reaksi kepada pendedahan pada 8 Januari tersebut, satu komplot jenayah telah dimulakan untuk mereka (fabricate) dan mengedar material bertujuan untuk mencalar reputasi peribadi saya.

“Kami percaya seorang peguam diantara lain yang terlibat menjadi dalang disebalik komplot ini,” jelasnya.

Tambah Latheefa, beliau akan membuat laporan polis apada awal pagi esok untuk menyerahkan bukti berhubung komplot tersebut kepada pihak polis.

Pada 8 Januari lalu, SPRM diketuai Latheefa mendedahkan beberapa rakaman telefon didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak.

[BACA ARTIKEL] SPRM dedahkan rakaman audio ‘mengejutkan’ tentang dakwaan konspirasi – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Latheefa Koya langgar prinsip kedaulatan undang-undang – Peguam — Suara Merdeka

Selain bekas Perdana Menteri itu, beberapa individu lain didakwa turut didedahkan rakamannya seperti Datin Seri Rosmah Mansor dan Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Dalam sidang akhbar, Latheefa mendakwa, rakaman tersebut merupakan perbualan disebalik rancangan konspirasi jenayah peringkat tertinggi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button