Kebakaran

Lapan rumah flat Sri Johor terbakar, penghuni selamat

Lapan rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras terlibat dalam kebakaran malam semalam.

Kebakaran yang berlaku pada kira-kira 9.20 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kira-kira pukul 9.15 malam berhubung kejadian itu.

Komander Operasi Kanan, Nordin Pauzi berkata, sebanyak enam jentwra dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras dengan kekuatan 35 anggota dikejarkan di lokasi kejadian.

“Kebakaran memusnahkan 100 peratus keseluruhan tingkat empat itu .Operasi pemadaman menggunakan teknik ‘water tower’ jentera khas Aerial Ladder Platform (ALP) dan Turn Table Ladder (TTL),” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menziarahi mangsa malam tadi.

“Allahuakbar… terkejut saya apabila menerima panggilan telefon pukul 9:30 malam dengan perkhabaran ini. Amatlah sedih dan sangat mendukacitakan melihat di depan mata sendiri.

“Saya disini sedang mendapatkan segala maklumat tentang punca kejadian bersama bomba dan pasukan penyelamat. Setiap individu dalam Blok 31 Flat Sri Johor, Cheras akan dikenalpasti.
“Saya memohon doa daripada setiap rakyat. Bersama kita tadahkan tangan untuk mendoakan keluarga disini agar tiada nyawa terkorban,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button