Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan kempen dengan langkah kanan setelah meraih kemenangan pada Kejohanan Badminton All-England di Birmingham, England pada Rabu.
Gandingan pilihan kelapan yang juga rangking 10 dunia itu, mengalahkan rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani; menang 21-15 dan 21-17 dalam perlawanan pusingan pembukaan All-England di Arena Birmingham, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di laman webnya ; www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut mara ke pusingan kedua dengan mengetepikan beregu muda China, He Ji Ting dan Tan Qiang;19-21, 21-15 dan 21-12 dalam kejohanan yang menawarkan US1.1 juta (RM4.677 juta).
Bagi beregu wanita negara, dua wakil Malaysia — Vivian Hoo Kah Mun- Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.
Hoo dan Yap mengalahkan regu Nadia Fankhauser dan Iris Tabeling (Switzerland/Netherlands) dengan kemenangan 21-13 dan 21-17 manakala Mei Kuan dan Meng Yean menundukkan Li Wen Mei dan Zheng Yu dari China;15-21, 21-15 dan 21-18.
Keputusan pusingan pertama:
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menunjukkan kedudukan)
Perseorangan Lelaki:
Lee Zii Jia kalahkan [6] Jonatan Christie (INA) 21-15, 21-13
Beregu Lelaki:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kalahkan He Ji Ting-Tan Qiang (CHN) 19-21, 21-15, 21-12
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalahkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani 21-15, 21-17Perseorangan Wanita:
[5] Ratchanok Intanon (THA) kalahkan Soniia Cheah 21-9, 21-11Beregu Wanita:
Vivian Hoo Kah Mun-Yap Cheng Wen kalahkan Nadia Fankhauser-Iris Tabeling (SWI/NED) 21-13, 21-17
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kalahkan Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) 15-21, 21-15, 21-18
Beregu Campuran:
Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) kalahkan [7] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-16, 21-11
[6] Seo Seung Jae-Chae Yu Jung (KOR) kalahkan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 21-12, 21-13Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kalahkan Joshua Hurlburt Yu-Josephine Wu (CAN) 21-16, 21-11
— BERNAMA