Nasional

Lambaian terakhir Muhyiddin dari pejabat PM ke Istana Negara

BARU sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan watikah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin menyandang jawatan ‘number one’ dalam negara selama 18 bulan 14 hari dan memimpin kerajaan Perikatan  Nasional (PN) dalam urus tadbir negara.

Bagaimanapun, hari ini, Muhyiddin membuat keputusan yang menentukan nasib rakyat Malaysia dan siapakah yang akan dipilih untuk mengisi jawatan sebagai perdana menteri, rakyat semua menunggu.

Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh sepanjang menjadi perdana menteri, juga dibelenggu oleh masalah kesihatan namun beliau terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button