fbpx
Politik

FB Nga Kor Ming Super Fans hasut protes Sultan Selangor, hidup semula  

LAMAN Facebook Nga Kor Ming Super Fans yang tiba-tiba ‘hilang’ dan seolah-olah mati pada Oktober tahun lalu selepas menjadi kontroversi kerana mengajak kaum Cina membuat protes terhadap Sultan Selangor  didapati ‘hidup semula’.

Kemunculan semula Facebook Nga Kor Ming Super Fans itu disedari oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Page Nga Kor Ming Super Fans dengan 600,000 followers hidup kembali sejak dua hari yang lepas. Page itu dinyahaktifkan pada bulan Oktober lalu apabila saya dedahkan page itu jelas menghasut rakyat untuk membenci Sultan Selangor dan seterusnya pihak Istana Selangor membuat laporan polis atas arahan Sultan.

“Siasatan polis untuk kes Nga Kor Ming itu pun entah apa sudah terjadi walaupun laporan polis ialah dari pihak Istana Selangor atas arahan Sultan. Sebab itu, page Nga Kor Ming Superfans kembali aktif untuk terus menghasut rakyat. Kerana mereka fikir rakyat dah lupa dan mereka tidak takut lagi,” kata Najib.

Pada 29 September tahun lalu, hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ didakwa mengajak kaum Cina membuat protes terhadap Sultan Selangor berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi bahasa di Selangor tersebar di media sosial.


Najib menerusi perkongsian di Facebook pada 30 Oktober 2019 menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap laman tersebut. Hantaran yang ditulis dalam bahasa Cina pada laman Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ itu turut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pada waktu itu bagaimanapun menafikan beliau dan DAP terlibat dalam membuat hantaran menghasut masyarakat Cina untuk membenci Sultan Selangor seperti mana dikongsi Najib dalam akaun Facebooknya.

Menurut Kor Ming, akaun menggunakan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ itu merupakan akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan DAP.

“Setelah cuba dibuat carian atas talian didapati bahawa posting yang dirujuk oleh Najib itu sebenarnya adalah dari satu page bernama ‘Ju Xi Wan Yak’ (dalam bahasa Mandarin).

Pada 8 Oktober 2019 Kor Ming telah hadir ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan berhubung satu kenyataan didakwa berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik melalui satu hantaran di laman Facebook Nga Kor Ming Super Fans.

Susulan kontroversi yang timbu,  laman Facebook Nga Kor Ming Super Fans itu kemudiannya telah dinyah aktif pada 9 Oktober 2019 dan hanya muncul semula dua hari lalu, iaitu selepas tiga bulan ‘mati’.-SM

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button