Nasional

Raja Perlis terima Ketua Menteri Sabah mengadap

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal di Balai Menghadap Biru Istana Arau pada petang tadi.

Mohd Shafei diiringi isteri beliau, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani Binti Datuk Haji Shuaib.

Berangkat sama hadir ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut berangkat ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

 

Selepas sahaja selesai majlis mengadap tersebut, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis berkenan meraikan Ketua Menteri Sabah dan isteri dengan santapan tengah hari yang juga diadakan di Istana Arau sebelum berlepas ke Alor Setar untuk ke ibu negara sebelum pulang ke Kota Kinabalu.

Terdahulu, Mohd Shafei mengiringi Tuanku Syed Sirajuddin dan cucunda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Negeri Arau.

(Visited 625 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button