Luar Negara

Laluan Hijau Timbal Balik: Singapura, Brunei capai kata sepakat

Indonesia turut berharap dapat laluan hijau

KELONGGARAN baharu yang mendapat kata sepakat di antara kedua-dua negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura dan Brunei hari ini.

Bagi penduduk kedua-dua negara tersebut, mereka dibenarkan melakukan perjalanan masuk dan keluar untuk tujuan perniagaan dan urusan rasmi sahaja.

Keputusan itu diambil selepas kedua-dua negara berkenaan bersetuju untuk mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik.

Sebelum ini, negara republik itu memaklumkan bahawa penduduk dari Brunie dan New Zealand tidak perlu untuk menjalani kuarantin di rumah namun akan disaring Covid-19 sebaik sahaja tiba di negara republik tersebut.

Penduduk Singapura dan Brunei dilaporkan mesti berada di negara masing-masing dalam tempoh dua minggu atau bersamaan dengan 14 hari sebelum memulakan perjalanan dan saringan pula mesti diambil sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas ke negara berkenaan.

Bagi pelancong Brunei yang masuk ke Singapura, mereka dikehendaki memohon Safe Travel Pass melalui agensi kerajaan di Singapura.

Segala kos saringan akan ditanggung oleh mereka sendiri yang ingin membuat perjalanan masuk ke Singapura.

Pada ketika ini, Singapura juga sedang menjalin kerjasama dengan beberapa negara lain bagi laluan hijau itu.

Ia termasuk rundingan dengan Jepun dan Indonesia bagi perjalanan yang melibatkan urusan perniagaan.

Sementara itu, Indonesia pula berharap agar kerjasama perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik dengan Singapura dapat dijalinkan dengan kadar segera.

Menurut Presiden Joko Widodo, beliau menyatakan hasrat dan harapannya itu dalam usaha menjana semula ekonomi dan perniagaan kedua-dua negara republik itu.

Jelas Jokowi, Singapura merupakan negara pelabur terbesar bagi Indonesia dan pada suku pertama tahun ini sahaja, Singapura adalah pelabur asing utama Indonesia dengan jumlah pelaburan sebanyak USD2.7 bilion.

Kata Jokowi, jalur hijau itu juga dapat menarik pelabur asing masuk ke Indonesia dalam keadaan pandemik Covid-19 masih belum putus rantaiannya.

Untuk rekod, minggu lalu, kedua-dua negara sudah memulakan perbincangan mengenai perjalanan hijau itu bagi membolehkan mereka yang hanya mempunyai urusan penting dan perniagaan sahaja yang dibenarkan membuat perjalanan itu. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button