Hiburan

Lagu raya Bank Rakyat rai Aidilfitri dalam norma baharu

HARI raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi namun dalam persekitaran yang masih belum aman dari jangkitan virus Covid-19 Bank Rakyat menampilkan lagi raya untuk memeriahkan suasana.

Berjudul Jalinan Lebaran lagu raya menggabungkan kolaboratif artis tersohor tanah air bagi menceriakan sambutan Aidilfitri yang mana masih diraikan dalam persekitaran norma baharu.

Jalinan Kasih hasil karya penyanyi dan komposer berbakat, Aizat Amdan serta abangnya Anas Amdan selaku penerbit.

Lagu raya berdurasi 2 minit 31 saat itu didendangkan secara duet dengan penuh harmoni oleh penyanyi popular Hael Husaini dan Ernie Zakri.

“Lagu Jalinan Lebaran ini mengisahkan suasana menyambut kehadiran Aidilfitri dalam persekitaran norma baharu.”

“Di sebalik pandemik COVID-19 yang mengakibatkan ketidaktentuan serta kegusaran masyarakat sama ada boleh beraya di kampung halaman.

“Lagu ini membawa mesej bahawa kita masih boleh beraya walau di mana pun kita berada kerana “Raya tetap Raya”,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani/

Jalinan Mesra mendidik masyarakat agar sentiasa mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) pada Aidilfitri kali ini dengan menjaga penjarakan sosial dan kebersihan.

Bait-bait lirik pada lagu tersebut menggambarkan trend masa kini seperti OOTD (Outfit of the Day), mengambil gambar “flat lay” makanan untuk dimuat naik dalam media sosial dan kepentingan berkomunikasi menerusi telefon pintar.

Lagu yang baharu dilancarkan pada 30 April lalu boleh dinikmati menerusi saluran YouTube dan media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram, Twitter serta Spotify.-SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button