Hiburan

Lagu APT adalah Zina telinga – Ustaz Adnin

Pempengaruh Islamik, Ustaz Adnin, tampil memberi teguran kepada umat Islam yang terjebak dengan lagu “APT” nyanyian Rose Blackpink bersama Bruno Mars.

Menerusi satu video di TikTok, Ustaz Adnin menerima permintaan daripada seorang warganet yang meminta nasihatnya, khususnya kepada orang Melayu yang menggunakan lagu tersebut dalam kandungan video mereka.

“Teguran ini penting, terutama kepada orang Melayu Islam yang ‘melayan’ lagu APT,” ujarnya.

Ustaz Adnin menegaskan bahawa lirik lagu tersebut mengandungi unsur negatif dan lucah yang dapat menimbulkan “zina telinga.”

Menurutnya, lagu duet penyanyi popular itu boleh merosakkan iman dan hati pendengar.

“Apabila saya meng-google lagu APT, liriknya sangat teruk. Ia mengajak kepada pergaulan bebas, zina, dan arak. Mendengar lagu seperti ini boleh dianggap sebagai zina telinga. Zina tidak hanya terhad kepada zina kemaluan; ada juga zina mata, yang melibatkan melihat perkara haram, serta zina hati, yang bermaksud membayangkan perkara haram. Zina telinga pula adalah mendengar perkara yang haram. Jika kita mendengar lirik lagu seperti ini, ia boleh merosakkan iman dan hati,” katanya.

Selain itu, Ustaz Adnin turut menekankan bahawa Bruno Mars diketahui sebagai seorang yang pro-Zionis Israel. Oleh itu, beliau mengingatkan umat Islam agar tidak lalai dengan godaan hiburan seperti ini.

“Komposer lagu itu secara jelas menyokong Zionis. Walaupun kita benci Israel, apabila kita terdedah kepada hiburan seperti ini, kita mudah lalai dan kehilangan prinsip hanya untuk menjadi viral. Janganlah begitu, sahabat sekalian. Salah satu perjuangan saya, selain memberi ceramah dan menulis buku, adalah untuk membantu anak muda berubah dengan menghasilkan lagu-lagu dakwah yang berkualiti.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button