BeritaNasional

Lagi kisah sedih tentang birokrasi KWSP

SELEPAS kisah seorang pengguna media sosial, Nur Sheila Abdullah menyatakan rasa kesalnya terhadap sikap kurang prihatin kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru disiarkan Suara Merdeka, seorang lagi netizen melahirkan perasaan sama.

Jika kata Nur Sheila, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tidak boleh bangun kerana sakit kanser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang caruman, Zuraini Kamal kesal kerana sepupunya meninggal dunia berikutan permohonan bagi menampung kos rawatan dipohon, ditolak pihak terbabit.

Menurut Zuraini yang juga Pengasas Cancer Survivors Malaysia, beliau kecewa kerana ramai pesakit kanser gagal menggunakan wang mereka untuk merawat penyakit yang dihidapi.

Setelah sekian lama beliau cuba menyampaikan masalah yang dihadapi kepada pihak berkenaan, malangnya rintihannya tetap tidak diendahkan.

Berikut kisah sepupunya yang diceritakan dalam hantaran yang disiarkan menerusi akaun Facebook beliau:

Sepupu saya telah ditolak permohonannya untuk keluarkan simpanan KWSP dengan alasan, sepupu saya yang sedang menghidap kanser, bukan berada pada ‘stage atau situasi kritikal dan masih boleh bekerja’.

Seminggu selepas permohonan beliau ditolak, sepupu saya meninggal dunia tanpa sempat menikmati hasil caruman yang disimpan selama bertahun bekerja.

Tahukah anda, arwah sepupu saya perlukan duit itu untuk biaya perbelanjaan kos ulang-alik menjalani rawatan kanser di Hospital Pulau Pinang (dari Kedah ke Pulau Pinang bukan murah, tambahan ada anak-anak yang sedang bersekolah)

Pada usia dah 50 tahun, dan sudah didiagnosed dengan kanser, hangpa (anda) rasa ada ka majikan yang akan menawarkan pekerjaan 🤔?

Eloklah KWSP halusi dan perkemaskan lagi SOP atau birokrasi agar lebih ‘Mesra & Prihatin’.

Kita adalah manusia, perlu ada IQ dan EQ.Perlu ada sifat Keprihatinan dan permudahkan yang mana boleh dilakukan.
Dan kena ada simpati & empati.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button