NasionalNegeriPendidikan

Lagi 424 graduan UniMAP terima ijazah daripada Raja Puan Muda

SEBANYAK 424 graduan Diploma Kejuruteraan, Master Profesional dan Diploma Profesional Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima skrol masing-masing daripada Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, petang semalam.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra bersempena dengan majlis Istiadat Konvokesyen Ke-16 UniMAP Sidang 8.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Tuanku Raja Puan Muda merangkap Tuanku Pro Canselor universiti berkenan menganugerahkan Diploma Kejuruteraan bagi jurusan Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Metalurgi dan Kejuruteraan Pembuatan yang telah berjaya.

Turut disampaikan oleh Tuanku Hajah Lailatul Shahreen ialah penganugerahan Master Profesional – Master Eksekutif Pengurusan Projek Pembinaan dan Penganugerahan Diploma Profesional – Diploma Profesional Penyeliaan Tapak Pembinaan.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor dalam titah yang ditayangkan di majlis tersebut menasihatkan para graduan supaya sentiasa cuba untuk mengenal pasti ilmu atau kemahiran yang menjadi rebutan majikan.

Titah Baginda, ambillah peluang untuk mendalami ilmu atau kemahiran tersebut, sama ada melalui program-program latihan atau dalam talian yang ditawarkan oleh organisasi dalam dan luar negara. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button