Nasional

Polis adakan sekatan jalan raya sebagai langkah siap siaga

POLIS telah mengadakan sekatan jalan raya 24 jam sejak semalam di beberapa lokasi strategik di setiap daerah sebagai sebahagian daripada strategi omnipresence pasukan itu untuk membendung jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata, sekatan jalan raya itu bagaimanapun tidak akan dijalankan pada waktu siang atau waktu puncak bagi memudahkan aliran trafik.

Orang ramai digesa memberi kerjasama dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai yang mengawal sekatan jalan raya. -SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button