Lagenda broadway, Nick Cordero meninggal dunia akibat Covid-19
Lagenda Broadway Nick Cordero telah meninggal dunia pada usia 41 tahun setelah menderita akibat Covid-19 selama beberapa bulan.
Cordero meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai di Los Angeles dan berita tersebut disampaikan sendiri isterinya, Amanda Kloots.
Kloots yang juga bekas penyampai radio City Rockette itu menerusi akaun Instagramnya sempat meluahkan isi hatinya selepas kehilangan suami tercinta.
“Suami sayang saya meninggal dunia pagi ini.
“Dia dikelilingi oleh keluarganya, menyanyi dan berdoa ketika dia meninggalkan bumi ini dengan tenang.
BACA> Bimbang wabak bubonik selepas dua maut makan marmot di China
“Saya seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hati saya hancur bila mengenangkan kehidupan selepas ini tanpanya,” katanya.
Menurut Kloots, Nick adalah seoarang yang sangat positif dan sentiasa mendengar masalah orang lain dan berkongsi pendapatnya berkaitan segala perkara.
Kongsi Kloots lagi, dia menganggap suaminya sebagai seprang pelakon dan pemuzik yang luar biasa.
“Dia sangat sayang kepada keluarganya dan cukup berbangga menjadi seorang ayah dan suami. Elvis dan saya akan rindu segala kenangan yang pernah kami lakukan bersama sebelum ini,” ujarnya.
Kloots turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka selama 95 hari sejak Nick pertama kali dijangkiti virus itu.
BACA> Lambakan daging korban di Mekah setiap tahun
Cordero dimasukkan ke hospital pada akhir bulan Mac lalu dan didiagnosis mempunyai masalah kesihatan radang paru-paru.
Dia kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan penurunan tekanan darahnya yang kemudian mengakibatkan dia terpaksa dikomakan.
Kaki kanan Cordero juga terpaksa dipotong berikutan kecederaan dan komplikasi yang menyebabkan aliran darah membeku.
Selain Kloots, Cordero turut meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Elvis. -SM