Luar NegaraPenyakit

Bimbang wabak bubonik selepas dua maut makan marmot di China

SATU lagi wabak maut dikuatiri tercetus selepas manusia gagal menahan keinginan untuk memakan haiwan eksotik.

Di Bayannur sebuah kawasan pedalaman Mongolia dua beradik dilaporkan maut selepas dijangkiti penyakit bubonik yang berpunca akibat memakan daging marmot.

Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota,

Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui kutu hidup dalam spesies tikus termasuk marmot yang mampu membunuh dalam tempoh 24 jam sekiranya tidak dirawat.

Media China, Xianhua melaporkan risiko penyebaran wabak tersebut adalah tinggi sekali gus mendorong kerajaan mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu hingga penghujung tahun ini.

“Hingga 1 Julai lalu terdapat dua pesakit dijangkiti wabak Bunonik dan mangsa yang berusia 27 tahun dan 17 tahun ini telah disahkan positif selepas menjalani ujian makmal.

“Pesakit merupakan adik-beradik itu disahkan wabak Bunonik selepas makan haiwan marmot,” menurut laporan tersebut.

Siasatan juga mendapati seramai 146 individu lain dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.-SM

(Visited 519 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button