NegeriRencah Hidup

‘Kurma Daging Perlis’ di Lemon Garden Cafe, Shangri-La KL

Hotel Shangri-La Kuala Lumpur mulai menawarkan sajian istimewa berupa masakan ‘Kurma Daging Perlis’ di Lemon Garden Cafe mulai hari ini (26 Mac) sehingga akhir Ramadan .

Upacara pelancaran promosi tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Majlis Iftar Jamaie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di hotel berprestij di Jalan Sultan Ismail berkenaan.

Baginda berkenan menyerahkan streamer ‘Perlis – The Undeniable Charm’ kepada Penasihat hotel tersebut, Datuk Zulkifli Jaffar sebagai simbolik perasmian.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung Baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Kerjasama Hotel Shangri-La Kuala Lumpur bersama-sama MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ini merupakan salah satu usaha kecil untuk sama-sama merancakkan lagi promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang sedang berlangsung.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah bahawa penyertaan Negeri Perlis dalam ‘March MATTA Fair 2024’ sebagai ‘Malaysia’s Favourite Destination’ baru-baru ini telah memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk menjadikan program tersebut sebagai platform utama dalam mempromosikan destinasi pelancongan unik dan kepelbagaian produk pelancongan Negeri Perlis kepada pengunjung dari seluruh negara bersempena TMPs 2024-2025.

Titah Raja Muda, kerajaan negeri juga turut menyasarkan penyertaan pada edisi kali ini dapat menjadi dorongan kepada pertumbuhan pesat industri pelancongan tempatan melalui pengenalan produk dan perkhidmatan yang menjadi daya tarikan luar biasa di Negeri Perlis kepada masyarakat tempatan dan luar negeri. – SM

BACA Kurma Daging Perlis ada di semua cawangan Me’nate Steak Hub

BACA Kurma “butter salt” disaingi kurma belimbing buluh, cili padi?

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button