Ekonomi

Kumpulan Public Bank catat untung sebelum cukai RM8.83 Bilion

UNTUK tahun kewangan 2022, keuntungan sebelum cukai Kumpulan Public Bank meningkat sebanyak 19.9 peratus kepada RM8.83 bilion, melepasi paras RM8 bilion untuk pertama kalinya.

Keuntungan bersih milik pemegang saham meningkat sebanyak 8.2 peratus kepada RM6.12 bilion selepas mengambil kira kesan daripada pengenaan satu kali cukai makmur.

Kumpulan mengekalkan pulangan ekuiti bersih yang kukuh sebanyak 12.8 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan yang cekap sebanyak 31.5 peratus.

Dari segi kualiti aset, nisbah pinjaman pengurangan nilai kasar kekal rendah dan baik pada 0.4 peratus pada akhir tahun 2022.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public, Sri Dr. Tay Ah Lek,  mengumumkan bahawa, “Berikutan prestasi kewangan yang kukuh pada tahun 2022, Lembaga Pengarah Public Bank mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 5.0 sen sesaham.”

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button