Bola Sepak

Kulit dari Jerman sesuai untuk Faisal Halim

PENYOKONG bola sepak tanah air sudah pastinya boleh menarik nafas lega apabila tonggak Harimau Malaya Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani proses rawatan skin allograft.

Situasi terbabit dinyatakan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas melawat Faisal yang juga tonggak Selangor FC semalam sekali gus memberi bayangan pemain terbabit bakal menjalani pembedahan seterusnya dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, proses rawatan skin allograft yang dijalankan bermula Khamis lalu dilihat sesuai selain tiada jangkitan kuman terhadap pemain terbabit.

“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses skin allograft juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah.

“Kita lihat dalam tempoh sehari dua ini bagaimana perkembangan Faisal sebelum pakar perubatan menentukan rawatan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Metro melaporkan Faisal bakal menerima rawatan standard tertinggi apabila bakal dirawat menggunakan skin allograft yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Cara berkenaan digunakan sekiranya pesakit tidak memiliki kulit yang cukup untuk digunakan bagi merawat dan menutup luka terbakar.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, berkata pendekatan itu diambil sebagai prosedur untuk membantu proses pemulihan Faisal.

Rawatan itu juga menyebabkan Faisal ‘dikawal ketat’ tanpa boleh dilawati oleh individu dibimbangi menyebabkan jangkitan kuman terhadap pemain itu.

Kredit – HMetro

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button