Nasional
Ku Nan kena penjara setahun denda RM2 juta
AHLI Parlimen Putrajaya yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dan denda RM2 juta atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan, empat tahun lalu.
Gagal membayar denda itu, hukuman penjara itu boleh ditambah lagi enam bulan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan ketika menjatuhkan hukuman itu bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, Datuk Tan Hock Chuan agar hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai. -SM