BanjirBencana alamBerita

Situasi banjir di Pantai Timur bertambah parah, mangsa di PPS semakin meningkat.

Banjir di Terengganu melibatkan seramai 7764 mangsa daripada 1819 buah keluarga terjejas dengan 52 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Jelas ternyata banjir di Pantai Timur semakin parah dengan jumlah mangsa banjir yang terus meningkat ditempatkan di PPS.

Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu merupakan daerah yang paling terjejas teruk.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PAS) Che Adam A. Rahman berkata 6,865 mangsa masih terjejas di Kemaman setakat jam 8 pagi.

“Sehingga hari kelima, gelombang banjir yang melanda daerah Kemaman terus mendominasi mangsa tertinggi.”

Situasi yang lebih kurang sama di Kelantan pula dengan catatan seramai 1386 mangsa daripada 498 keluarga dengan 23 PPS dibuka.

Daerah yang terjejas adalah Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Manakala Pahang merekodkan 38 mangsa banjir daripada enam buah keluarga dengan dua buah PPS telah dibuka.

Antara daerah terjejas adalah Kuantan dan Jerantut.

Data ini berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 10 pagi ini.

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button