Luar Negara
Trending

Arwa lari dari perang tapi maut kesejukan

PENGEBOMAN berterusan rejim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia di bahagian utara Syria memaksa keluarga kanak-kanak bernama Arwa melarikan diri dari kampung halaman yang terletak di pinggir Hama.

Matlamat mereka hanya satu, mencari tempat selamat untuk berlindung bagi mengelak menjadi korban atau tercedera dalam serangan.

Trauma yang ditanggung tidak berpenghujung. Sewaktu kekalutan menyelamatkan nyawa, Arwa telah terpisah bersama anggota keluarga yang lain.

Selepas 35 hari hilang, akhirnya pada 9 Januari dia ditemui di Afrin.

Namun hanya jasad yang tinggal.

Arwa kaku dan tidak lagi bernyawa.

Orang dewasapun boleh tumbang apatah lagi kanak-kanak. Mustahil dia dapat bertahan dalam kesejukan dan kelaparan dalam tempoh yang panjang.

Apa yang berlaku kepada Arwa, sebahagian jutaan kisah pelarian Syria yang ketika ini berdepan dengan operasi berterusan tentera regim Bashar dan sekutunya, Rusia.

Meskipun pada Khamis, Rusia mengumumkan gencatan senjata yang dipersetujui Turki namun pencabulannya tetap berterusan. Sehingga pagi Jumaat 10 Januari 2019, pengeboman masih dilakukan di kawasan orang awam di Maarat al Nu’man.

Artikel ini disediakan okeh Razali Awang
Media Syria Care

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button