Uncategorized

Krew selamat helikopter TLDM mendarat cemas

SEBUAH helikopter Fennec Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang membuat penerbangan operasi telah membuat pendaratan kecemasan di dalam Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 12 tengah hari.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Baru TLDM, kesemua krew helikopter tersebut berjaya diselamatkan.

“Mereka kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.-SM

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button