NasionalNegeri

KPM akan pastikan agenda Belanjawan 2024 terlaksana

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan semua agenda dalam Belanjawan 2024 terlaksana dengan baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini memandangkan KPM adalah penerima peruntukan yang terbesar pada belanjawan kali ini.

“Sudah pasti kita ambil ia sebagai tanggungjawab supaya segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Tahun 2023 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan KPM menerima peruntukan RM58.7 bilion pada Belanjawan 2024 “Malaysia Madani”.

Kata Anwar, sebanyak RM2.5 bilion untuk pembinaan 26 sekolah baharu.

Manakala RM1.9 bilion untuk naik taraf prasarana daif dan penyelenggaraan semua sekolah.

Sebanyak RM82 bilion untuk membina 26 buah bangunan pra sekolah baharu. – SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button