Nasionalpilihan

KPDNHEP sentiasa cadangkan kebenaran ‘dine-in’ untuk bantu penternak

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa membawa cadangan untuk kebenaran bagi dine-in disegerakan.

KPDNHEP Dalam kenyataannya berkata, cadangan tersebut adalah supaya permintaan kepada bekalan ayam dapat ditingkatkan.

“Kita ambil maklum situasi semasa yang dihadapi oleh peniaga dan industri dalam pasaran terkesan dengan cabaran pandemik Covid-19 yang masih berpanjangan.

“Industri ayam antara yang terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menetapkan SOP pengoperasian sektor perkhidmatan makanan seperti restoran, kedai-kedai makan dan seumpamanya dihadkan untuk beli dan bungkus sahaja.

“Situasi ini jelas memberikan kesan kepada volume permintaan bekalan ayam yang menunjukkan penurunan yang amat ketara,” katanya.


Terdahulu, sebuah akhbat tempatan melaporkan kenaikan harga makanan ternakan yang telah memberikan kesan kepada prestasi jualan salah seorang penternak di Kedah.

Menurut KPDNHEP, pihaknya memandang serius berhubung situasi yang dihadapi oleh industri ayam ini dan usaha berterusan dilaksanakan iaitu mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian, agensi dan industri bagi memastikan mana-mana industri dapat meneruskan operasi perniagaan dengan sebaiknya sepanjang pandemik ini.

Jelasnya, usaha ini juga adalah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan sebarang kenaikan harga barangan keperluan utama disebabkan cabaran yang dihadapi oleh industri.

Selain itu, berhubung stuasi kenaikan harga makanan ternakan ayam, ujarnya, tindakan proaktif telah diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dengan mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pemain industri yang terdiri dari pengimport, pengeluar, pembekal makanan ternakan dan penternak bagi mencari solusi terbaik dalam menangani masalah ini.

“Kita sentiasa memantau kecukupan bekalan ayam dan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan disebabkan kenaikan kos pengeluaran (makanan ternakan ayam) dengan menaikkan harga ayam di pasaran secara tidak munasabah.

“Pemeriksaan dan tindakan dilaksanakan secara harian di setiap rantaian pengedaran bekalan
meliputi ladang, pemborong, pengedar dan peruncit,” katanya.

Dalam pada itu, KPDNHEP yakin lebih banyak sektor yang menyokong permintaan terhadap bekalan ayam akan dapat dibuka tidak lama lagi khususnya di negeri -negeri yang telah berada di di Fasa 2 PPN dan seterusnya.

Katanya, program vaksinasi ini dapat memulihkan semula permintaan bekalan ayam dalam pasaran apabila lebih banyak sektor peruncitan seperti perkhidmatan penyediaan makanan dapat dibuka dan dine-in dibenarkan.

“Kementerian juga mempunyai sebuah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang akan dilaksanakan dan menggalakkan lebih banyak peniaga mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi untuk pekerja masing-masing bagi membolehkan lebih banyak lagi sektor dibuka untuk beroperasi.

“Justeru itu, KPDNHEP menyeru pemain industri termasuk industri ayam agar segera memastikan pekerja masing-masing didaftarkan untuk mendapat vaksinasi pada kadar segera.

“Ini adalah penting untuk mengelakkan pekerja ladang ayam terdedah kepada jangkitan yang
membawa kepada penutupan dan menambahkan lagi risiko kerugian kepada penternak ayam,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan salahlaku peniaga yang melanggar undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP secara rasmi melalui saluran berikut:

i. Portal e-aduan.kpdnhep
ii. Call Centre 1-800-886-800
iii. Emel [email protected]
iv. Ez ADU KPDNHEP
v. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245
vi. Whatsapp 019-279 4317

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button