Nasional

TMJ selar Syed Saddiq “Drama Queen”

Tunku Mahkota Johor (TMJ) selar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai “drama queen” selepas bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan kempen sumbangan orang ramai untuk membantunya menyelesaikan kos perundangan.

“‘Drama queen’. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sebelum ini sering bercanggah pendapat dengan Ahli Parlimen Muar itu.

Baginda merujuk kepada laporan yang memetik Syed Saddiq sebagai berkata, beliau memerlukan sumbangan orang ramai walaupun hanya 50 sen.

“Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa. Hampir semua tak boleh percaya,” kata Tunku Ismail.

Semalam, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menyelewengkan RM1.12 juta dana milik Pemuda Bersatu.

Daripada jumlah itu, RM120,000 dikatakan dana parti untuk pilihan raya umum 2018 (PRU14), manakala RM1 juta lagi didakwa dikeluarkannya daripada bank tanpa mendapat kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau dikenakan ikat jamin RM330,000 untuk kedua-dua tuduhan pecah amanah jenayah itu.

Syed Saddiq membayar RM80,000 dan perlu menyelesaikan baki RM250,000 sebelum Selasa depan.

Malam tadi beliau memulakan kempen mengumpul dana bagi menyelesaikan bayaran ikat jamin itu selain kos perundangan lain.

(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button