Luar Negara

Koronavirus: Kematian di China cecah 2,236, lebih 75,000 dijangkiti

JUMLAH yang dijangkiti COVID-19 di seluruh China kini seramai 75,465 orang, dengan kematian membabitkan 2,236 pesakit, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Jumaat.

“Suruhanjaya menerima 75,465 kes dari 31 wilayah (wilayah dan bandar) termasuk 54,965 mereka yang dijangkiti, 11,633 orang berada dalam keadaan kritikal, 2,236 meninggal dunia dan 18,264 lagi dibenarkan keluar hospital,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

COVID-19 mula dikesan di bandar Wuhan, wilayah Hubei pada Disember 2019. Sehingga kini virus itu merebak ke lebih 25 negara yang menyaksikan pada Januari Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kecemasan global. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button