Nasional

Koronavirus: Johor tak cukup mesin pengimbas

PROSES saringan warga asing dipintu masuk di Johor bukannya longgar, tetapi disebabkan oleh jumlah mesih pengimbas suhu yang terhad.

Disebabkan itu, keutamaan untuk proses imbasan itu adalah untuk pelancong dari China dahulu.

Pakar Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Dr Azmi Abdul Rahim berkata, hanya terdapat empat mesin pengimbas suhu badan di pintu masuk di Johor.

Katanya, masing-masing dua di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Sudah tentunya peralatan ini tidak mencukupi untuk menyaring suhu badan semua individu yang memasuki negara ini melalui Johor.

“Oleh itu, kita memberi keutamaaan kepada warga China ekoran penularan koronavirus baharu dari negara terbabit,” katanya pada sesi taklimat bersama media berhubung penularan wabak koronavirus baharu di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di Putrajaya, hari ini.

Koronavirus: Satu lagi kes positif, jumlah terkini lapan

Sebab itu katanya, baru-baru ini orang ramai mengadu proses saringan di pintu masuk di Johor agak longgar berbanding di Singapura.

Secara keseluruhan, kementerian memiliki 54 mesin pengimbas suhu badan di seluruh negara bagi mengenal pasti individu yang mempunyai simptom wabak berkenaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan kelulusan serta merta peruntukan tambahan untuk mendapatkan 12 pengimbas suhu badan baru oleh Kementerian Kesihatan.

Pengimbas suhu ini bagi memastikan kemampuan kakitangan kementerian terbabit mengenalpasti individu yang mempunyai simptom menghidap virus 2019-nCoV (koronavirus baharu) dapat diperkukuhkan lagi di pintu masuk negara.

Setakat ini Malaysia sudah mencatatkan lapan kes positif koronavirus yang terdiri daripada warganegara China.

Kes terbaru koronavirus dilaporkan hari ini, membabitkan seorang wanita berusia 49 tahun.

Pada masa sama Malaysia juga bertindak menghantar balik 14 rakyat China yang berasal dari Wuhan selepas mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Selasa.

14 warga China dari Wuhan dihantar balik

Tindakan itu diambil selepas kerajaan mengisytiharkan larangan bagi pelancong yang berasal dari Wuhan, wilayah Hubei untuk masuk ke negara ini.

Ini sebagai langkah pencegahan jangkitan 2019 novel koronavirus yang melanda wilayah itu.

Korban koronavirus di China terus meningkat dengan 170 kematian

Sehingga kini virus itu sudah meragut nyawa 170 orang di China.

Di seluruh negara itu pula, jumlah kes yang dicatatkan kini mencecah 7,711 kes.– SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button