MahkamahNasionalNegeri

Kontraktor wanita mengaku palsukan penyata akaun bank untuk dapatkan tender

SEORANG kontraktor wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini kerana memalsukan penyata akaun bank.

Noorul Atifah Ahmad Suki, 43, selaku pemilik Atidania Enterprise ini berbuat demikian semasa membuat permohonan tender bagi mendapatkan kontrak Meroboh dan Membina Semula 16 Unit Gerai Usahawan dan Kemudahan lain yang Berkaitan Di Atas Tanah Kerajaan Mukim Utan Aji, Perlis yang bernilai RM469,498.20.

Hakim Nor Salha Datuk Hamzah membenarkan Noorul Atifah dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Nor Salha juga menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula dan menjatuhkan hukuman.

Mengikut kertas pertuduhan pilihan pertama, tertuduh antara 8 Julai sehingga 16 Julai 2021 di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Kangar dengan curang telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Penyata Bank CIMB Atidania Enterprise, No Akaun: 8006344446 bertarikh 1 April 2021 sehingga 30 April 2022 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu berkenaan baki penyata bank CIMB yang mana telah ubahsuai dengan tambahan jumlah sebanyak RM200,000 bagi mendapat faedah dari dirinya sendiri.

Bagi pertuduhan pilihan kedua pula, bahawa tertuduh pada tarikh yang sama, tempat yang sama dengan curang telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Penyata Bank CIMB Atidania Enterprise, No Akaun: 8006344446 bertarikh 1 Mei 2021 sehingga 31 Mei 2022 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu berkenaan baki penyata bank CIMB yang telah diubahsuai dengan tambahan jumlah sebanyak RM200,000 bagi mendapat faedah dari dirinya sendiri.

Mengikut kertas pertuduhan pilihan ketiga, bahawa tertuduh pada tarikh dan tempat yang sama dengan curang telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Penyata Bank CIMB Atidania Enterprise, No Akaun: 8006344446 bertarikh 1 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2022 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu berkenaan baki penyata bank CIMB yang mana telah diubahsuai dengan tambahan jumlah sebanyak RM200,000 bagi mendapat faedah dari dirinya sendiri.

Bagi kesemua pertuduhan ini, Noorul Atifah didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 KK yang sama di mana membawa hukuman diseksa dan dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Rehab Abdul Shukur. – SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button