Nasional

KAHS perkasa agenda pemindahan pengetahuan melalui Qalbu

PROGRAM Qalbu anjuran Kolej Awang Had Salleh (KAHS) yang diadakan di Pusat Latihan Pertanian milik Fakulti Teknologi & Vokasional (FTV) berlangsung dalam suasana meriah berikutan penganjurannya membabitkan semua Pusat Tanggungjawab (PtJ) di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (HEPA & A).

Prof Norkhalid (atas jentera) dan Dr Mohd Fadhil (duduk tengah) bersama warga JHEPA yang menjayakan program Qalbu.

Pengetua KAHS, Dr. Mohd Fadhil Abdullah @ Frederick Josue berkata giliran program qalbu yang kedua bagi tahun ini selepas Kolej Aminuddin Baki berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara 17 Pusat Tanggungjawab yang bernaung di bawah kepimpinan Prof. Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (HEPA & Alumni).

Mereka menjayakan aktiviti seperti zumba, menyemai anak pokok jagung manis di atas batas yang disediakan, dan pengisian cocopeat ke dalam polibeg (asas penanaman fertigasi) di Pusat Latihan Pertanian FTV.

Menurut beliau Pusat Latihan Pertanian FTV dipilih bertujuan menanamkan ‘transfer knowledge’ pertanian tani dalam kalangan keluarga JHEPA yang merangkumi tanaman dan ternakan kerana mampu menjana pendapatan dan keuntungan kepada individu mahupun negara.

Peserta program Qalbu memasak cendawan tiram kelabu.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (HEPA & Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata setiap aktiviti perlu bersifat ‘transfer knowdge’ yang mana aktiviti atau program perlu dilibatkan bersama komuniti atau pensyarah bidang dalam program tersebut.

Sebagai contoh, katanya, program ini amat sesuai dengan ‘transfer knowledge” yang memberi manfaat pendidikan pertanian kepada seluruh warga JHEPA.

Sempena program, Presiden Kelab JHEPA, Mohd Anizan Md Noor menyampaikan cenderamata kepada Dr. Fadhil yang akan berhijrah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) efektif pada 1 Mac 2023.

Bersenam sebelum melaksanakan aktiviti.

“Pihak Kelab JHEPA mengucapkan ribuan terima kasih atas kotmitmen, dedikasi, pengorbanan Dr Fadhil sebagai Pengetua Kolej Awang Had Salleh selama enam tahun,” katanya.

Staff JHEPA yang mengikuti program Qalbu dijamu dengan cendawan goreng iaitu cendawan tiram kelabu yang merupakan produk dari Pusat Latihan Pertanian, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian, Ariff Afifi Noor Aziba yang bertungkus lumus memastikan program ini mendapat pendedahan secara ‘hands-on’, kemahiran dan pengetahuan. -SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button