Hiburan

Konsert Destiny Of Music 2.0 kembali, jualan tiket istimewa untuk Pelajar dan Peminat Muzik

SETELAH sambutan luar biasa daripada peminat, Konsert Destiny Of Music kini kembali dengan edisi kedua yang akan berlangsung pada 15 November ini. Konsert ini menampilkan gabungan band popular dalam industri muzik tanah air dan akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dengan kapasiti lebih 3,000 peminat.

Menurut Ketua Pegawai B De Paris Project, Burhan Ahmad, matlamat utama konsert ini adalah untuk mengangkat semula band Malaysia yang berpotensi dalam industri muzik.

“Jika kita lihat tahun lalu, banyak artis band dari Indonesia yang memasuki pasaran Malaysia. Artis kita seolah-olah menjadi penyokong dalam acara tersebut. Sebenarnya, band kita mempunyai identiti dan potensi yang besar untuk dikomersialkan, jadi kita perlu menyokong artis tempatan,” jelas Burhan.

Beliau juga menambah, “Dahulu, indie band sering dipandang rendah, tetapi apabila kita mula mengkomersialkan mereka dengan imej yang baik, saya yakin indie band kita akan kembali kuat.”

Berkenaan penjualan tiket, Burhan menjelaskan bahawa mereka memberi tumpuan kepada pelajar agar dapat menikmati muzik dengan harga berpatutan. “Kami tidak mencari pasaran yang luas dari segi jualan tiket. Kami ingin memastikan semua orang dapat hadir dan bergembira. Oleh itu, kami menetapkan harga tiket yang lebih rendah.”

Antara band yang terlibat dalam konsert ini adalah Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Imsoniacks, dan Empty Page.

“Konsert Destiny of Music 2.0 adalah kesinambungan daripada konsert sebelum ini, dan kami telah bekerja keras untuk memastikan penganjuran kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya,” tambahnya.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Destiny of Music 2.0 mula dijual hari ini, 10 Oktober 2024, pada jam 12:00 tengah hari, dengan harga berpatutan mulai RM55 (Silver), RM85 (Gold), RM135 (Diamond), RM155 (Platinum), dan RM285 (VIP). Tiket boleh dibeli melalui platform rasmi ticket2u di https://www.ticket2u.com.my/.

Penganjuran Konsert Destiny of Music 2.0 turut diserikan dengan kehadiran Zai Sri Gemilang sebagai Rakan Strategik dan Oh My Media sebagai Rakan Media Rasmi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button