fbpx
Nasional

Komunis mahu merampas kedaulatan dan kepimpinan negara

Terdapat pihak sengaja mengangkat pemimpin komunis sebagai pejuang kemerdekaan, mengubah sejarah, membawa balik abu Chin Peng dan menghina Jalur Gemilang.

Malah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya anasir yang bertanggungjawab mencetuskan perkara tersebut akan terus melaksanakan pelbagai tindakan lagi bagi memastikan agenda komunisme menjadi dominan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa pihak keselamatan segera mematahkan cubaan untuk menyebar semula agenda komunis di negara ini.

“Komunis melakukan pemberontakan bersenjata di Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa termasuk perajurit negara. Luka lama akan berdarah kembali.


“Komunis bukan hanya mahu menyebarkan ideologi sahaja, tetapi mahu merampas kedaulatan dan kepimpinan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim memberi peringatan, agar jangan sekali-kali mengganggu-gugat keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan ancaman komunisme.

Bahkan, katanya, tidak keterlaluan jika dikatakan agenda itu didalangi oleh satu rangkaian antarabangsa yang lebih besar.

Pas berharap rakyat Malaysia bersatu padu dan berhati-hati dengan ancaman komunisme dan mereka diminta untuk tidak mengambil tindakan balas di luar batas undang-undang.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mematahkan agenda bahaya komunisme di negara ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button