Koleksi Abaya Series jenama Minaz diinspirasikan oleh timur tengah
JENAMA pakaian tempatan muslimah, Minaz, memperkenalkan ‘Lebaran Kita-Sempurna’ yang menampilkan Abaya Series di inspirasikan dari budaya timur tengah.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Minaz, Puan Hajjah Hafiza Datuk Abdul Hamid , istimewa pada tahun ini, pecahan koleksi raya terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik.
Minaz juga begitu komented mengeluarkan pakaian yang bukan sahaja boleh dipakai semasa raya sahaja tetapi yang boleh di sua pakai di mana-mana sahaja.
‘’Pada kali ini kami membawa Abaya tiada warna hitam dan pelbagaikan warna kerana melihat orang Malaysia terkenal dengan warna warni raya serta kita letak kan perincian manik-manik Swarovski.
‘’Sebanyak 35 koleksi dikeluarkan pada tahun ini dan kita memilih koleksi cutting yang lebih loose, klasik dan juga sesuai untuk semua golongan termasuklah ibu mengandung, kita ada untuk bress feeding yang berzip serta paling penting wuduk friendsly itu memang signature Minaz.
‘’Tahun ini koleksi Minaz limited namun ada juga koleksi terakhir yang akan keluar pada 18 haribulan ini serta kita juga sudah buka jualan pada personal shoper kami, Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, once dah sold out tiada restock lag’’, jelasnya semasa pertunjukan fesyen di Putrajaya Sabtu lalu.
Dalam Koleksi Minaz terdapat edisi printed iaitu gabungan unik antara seni flora batik dan blossom terdapat elemen tradisional dengan sentuhan moden segar.
Selain itu, bercakap mengenai kerjasama dengan penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya serta Ingenious Creative Lab Sdn BHD, MINAZ tidak menolak bahawa ia merupakan satu usahasama dan sinergi yang baik.
“Warga Putrajaya begitu dekat di hati MINAZ. Apabila diberi peluang sebegini untuk berkerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab, kami lihat ia sebagai satu peluang keemasan buat kami untuk menyantuni pelanggan dan peminat jenama ini di kawasan Putrajaya dan berdekatan,”katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan MINAZ setelah 14 tahun teguh membina empayar jenama dalam pasaran, Puan Hafiza mengakui, pihaknya sentiasa menanam rasa komited untuk memastikan jenama ini terus kekal relevan dalam industry tekstil dan pakaian.
“Tidak lain dan tidak bukan, harapan kami adalah untuk terus kekal relevan dan terus menyuntik keyakinan buat para wanita dalam berpakaian sempurna disamping menyajikan para pelanggan yang dikasihi dengan rekaan baju yang sopan dan terkini,”katanya.
Artikle Berkaitan :>
Festival Ramadhan Putrajaya kali ini lebih meriah dengan kehadiran TikTokers