Ekonomi

Kejelitaan Nelydia Senrose & Ayana Jihye Moon penghias MINAZ Blooming Raya 2022

Sasaran tudung bawal jenama MINAZ 2 juta tahun ini

TIADA yang mustahil asalkan ada usaha dan mendapat keredhaan Allah SWT, maka sasaran jualan tudung bawal jenama MINAZ mampu mencapai jualan 2 juta menjelang hujung tahun ini.

Lebih sedekad MINAZ HIJAB melalui perjalanan umpama roller coaster dalam perniagaan namun sejak tahun 2010 MINAZ diperkenalkan kepada golonga wanita, ia menjadi satu jenama fesyen tempatan yang sederhana atau modest.

MINAZ mempunyai lebih 1 juta pengikut di platform media sosial dan pihak pengurusan sentiasa menjadi hubungan yang dijalin dengan para pelanggan.

Pengasas tudung bawal MINAZ Hijab, Hafiza Abd Hamid merangkap Ketua Pegawai Ekeskutif dan Pengarah Fesyen MINAZ memperkenalkan dua jelitawan bagi menghiasi wajah kempen MINAZ Blooming Raya 2022.

Langkah yang diambil oleh Hafiza menguar-uarkan aktres Nelydia Senrose dan Ayana Jihye Moon sebagai penghias wajah kempen MINAZ Blooming Raya 2022 amat bertepatan.


Maklumlah, sekarang semua umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa dan pastinya golongan wanita sekeluarga mahu membuat persiapan awal dengan membeli tudung bawal.

Kata orang yang memakai tudung bawal, tudung bawal MINAZ senang digunakan, tak menyulitkan pemakai.

Hafiza berkata, beliau memilih Nelydia sebagai jelitawan penghias wajah kempen MINAZ Blooming Raya 2022 kerana kecantikan wajah yang dimiliki oleh aktres tersebut amat memikat sehingga membuatkan MINAZ jatuh cinta.

“Disebabkan inilah, MINAZ mempertaruhkan kejelitaan Nelydia Senrose berhijab dan Ayana Jihye Moon sebagai wajah penghias utama dalam menjayakan kempen MINAZ Blooming Raya tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada SUARA MERDEKA.

Tidak mustahil, percaturan MINAZ Hijab meletakkan dua wajah jelita bertudung sebagai penghias kempen MINAZ Raya boleh juga mencapai sasaran jualan 2 juta sehingga penghujung tahun ini.

Inilah yang dikatakan ‘serampang dua mata’ yang dijalankan oleh Pengasas MINAZ kerana sasaran bukan sahaja untuk menggamit pembeli dan penggemar tudung bawal sepanjang Ramadan ini tetapi membawa sehingga ke akhir tahun.

MINAZ Hijab tidak lokek dalam perniagaannya kerana mereka berkongsi rezeki membantu lebih 4,000 ejen stokis di seluruh Malaysia menjana pendapatan dari rumah.

“MINAZ melalui edisi Blooming Raya menyasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun 2022 ini dengan cabang baru perniagaan.

“Kaya, Berjaya dan Bergaya bersama MINAZ Hijab adalah tema atau moto,” kata Hafiza.

Sasaran jualan 2 juta bukan sembrono kerana kata Hafiza, MINAZ Hijab mempunyai misi untuk membantu lebih ramai suri rumah bagi menjana pendapatan tambahan.

NELYDIA Senrose dan Ayana Moon penghias utama kempen MINAZ Blooming Raya 2022.

Selain itu, katanya, bagi kalangan suri rumah juga boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik apabila adanya pendapatan tambahan.

Untuk perkongsian bersama, kata Hafiza, sejak MINAZ Hijab diperkenalkan pada Ogos tahun lepas, jenama MINAZ Hijab telah mula mendapat tempat di hati penggemar tudung bawal cotton (bawak material kapas).

“Syukur kerana jenama MINAZ Hijab menjadi bualan hangat dengan kualiti tudung bawal terbaik yang pernah dikeluarkan,” ujarnya.

Beliau berkata, fabric classic cotton voile amat eksklusif dan merupakan antara yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh jenama MINAZ.

“Yang penting, tudung bawal MINAZ adalah tudung bawal mudah dibentuk oleh si pemakai,” katanya.

Dalam meneruskan langkah beramal jariah di bulan Ramadan ini, MINAZ Hijab, kata Hafiza turut menawarkan tajaan pakej umrah tahun hadapan, 2023 kepada semua stokis dan ejen yang telah dan berjaya mencapai sasaran atau target jualan bagi tahun 2022 ini.

MINAZ Hijab kini sedang mengisi kekosongan stokis di tiga negeri iaitu Melaka, Perlis dan Sarawak dan bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar, boleh hubungi talian 017-6264858. – SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button