Hiburan

Kolaborasi Johan dan Chef Fazley, Itik Ke Ayam? Kini di Mesin Layan Diri

INOVASI dalam dunia makanan terus berkembang, dan Itik Ke Ayam? membuktikan bahawa produk tempatan mampu mencipta kelainan dalam pasaran makanan sedia dimakan (Ready-To-Eat, RTE). Jenama ini diasaskan hasil gabungan dua nama besar dalam industri hiburan dan kulinari—Johan Raja Lawak dan Chef Dato’ Fazley Yaakob.

Johan & Chef Fazley Lancar Itik Ke Ayam? Vending – Makanan RTE Kini Lebih Mudah

Johan, yang dikenali menerusi pertandingan Raja Lawak dan berpengalaman lebih 12 tahun sebagai penyampai radio, kini melangkah ke dunia perniagaan dengan memperkenalkan Itik Ke Ayam?. Sementara itu, Chef Dato’ Fazley Yaakob, juara MasterChef Celebrity Malaysia 2012, yang juga memiliki kelayakan dalam Culinary Arts – Diplôme de Pâtisserie di Le Cordon Bleu (Paris) serta Masters in Sugarcraft (London, UK), turut memainkan peranan penting dalam pembangunan produk makanan jenama ini.

Berbeza daripada konsep restoran, Itik Ke Ayam? hanya menjual produknya melalui mesin layan diri (Vending Machine) yang kini boleh didapati di empat lokasi strategik:
AEON BIG Seksyen 23, Shah Alam
AEON BIG Ampang
AEON BIG Wangsa Maju
AEON BIG Tun Hussein Onn

Syarikat merancang untuk memperluaskan rangkaian mesin layan diri ini ke lebih banyak lokasi, termasuk pasar raya AEON, Lotus, dan lain-lain, dengan sasaran 100 unit Vending Machine dalam tahun pertama. Itik Ke Ayam? Vending juga membuka peluang kepada usahawan dan penggiat seni yang berminat untuk menyertai perniagaan inovatif ini.

Dua hidangan utama yang diperkenalkan dalam produk Itik Ke Ayam? Vending ialah:
✅ Itik Salai Masak Lemak Cili Api
✅ Ayam Salai Masak Lemak Cili Api

Setiap menu dihasilkan dengan resipi eksklusif dan telah mendapat pengiktirafan dalam pelbagai anugerah sebelum diperkenalkan dalam format RTE. Dengan pelancaran ini, Itik Ke Ayam? bukan sahaja membawa hidangan tradisional ke era moden, malah turut menjadikan makanan berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh semua.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button