Kluster Turki -‘oversea’ menjengkelkan
BILA KECOH kisah menjengkelkan kluster kayangan, kita teringat sebelum ini pelbagai fitnah dilemparkan kepada golongan jemaah tabligh yang dijangkiti COVID-19.
Namun sikap mereka yang patuh dengan arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga amal ibadat akhirnya menyentuh hati ramai orang, khususnya kakitangan perubatan.
Situasi itu berbeza apabila membabitkan pesakit yang pulang dari Turki yang boleh dianggap golongan atasan atau kayangan yang sangat degil dan besar kepala dalam memberi kerjasama kepada petugas kesihatan.
Seorang doktor di Hospital Sungai Buloh berkongsikan pengalaman pasukannya berdepan dengan perangai mereka terbabit yang baginya menjengkelkan.
Beliau memberitahu rata-rata individu dari kluster baru itu merupakan golongan berada dan dikuarantin di hotel.
Berbeza dengan jemaah tabligh, Dr Mohd Afiq menyifatkan hampir majoriti daripada kluster tersebut sebagai merendah diri dan mudah dirawat oleh petugas kesihatan.
Dr Mohd Afiq berkata, dahulu setiap hari satu bas dari tabligh dan madrasah yang datang.
“Diorang ini semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE (pakaian perlindungan diri). Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
“Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa.
“Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka.
“Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut,” kata Dr. Mohd Afiq
Dr. Mohd Afiq sebenarnya tidak bersetuju apabila mereka dicop sebagai kluster tabligh kerana ia berpunca daripada seorang jemaah yang degil dan mementingkan diri sendiri akhirnya ramai yang tertular dengan wabak maut itu.
“Kini, datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diaorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit Covid.
“Padahal, masa diaorang pergi melancong, diaorang tanpa segan silu papar gambar diaorang melancong malah ada yang siap perli kata Corona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya.
“Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat Covid itu.
“Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diaorang ni demand taknak pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi,” katanya.
Itu kata beliau, tidak termasuk yang asyik persoal kenapa nak ambil darah, kenapa tidak amik swab awal dan bila doktor masuk untuk periksa mereka masing-masing sibuk dengan gajet.
“Kita ni macam endah tak endah sahaja,” katanya.
Tambah beliau, bukan sebegitu terutama yang berada di luar negara atas urusan yang tidak dapat dielakkan seperti belajar.
“Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan.
“Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, dikuarantin pun di hotel-hotel.
“Nak buat macam mana. Kena hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diaorang ni pulak datang dan tambah masa kita berjauhan. Selamatlah bekerja semua.
“Rindu geng tabligh.”
Memang menyedihkan sikap mereka ini. Sebelum ini petugas barisan hadapan, Dr. Sakinah Sulong turut berkongsi kisah, ada antara kluster kayangan ini memanggil petugas kesihatan sebagai ‘dog’ dan pencacai najis dan tidak mahu dikuarantikan.